Week 1 and 2 Reflection
Salam Sejahtera. Ini adalah refleksi untuk kelas bagi subjek PQI6004 Minggu 1 dan 2.
Dalam kelas ini, kami mempelajari apakah maksud kurikulum. Jika sebelum ini, pemahaman saya terhadap kurikulum adalah silibus. Topik yang guru perlu ajarkan kepada anak-anak murid. Namun begitu, setelah mengikuti kelas ini, saya mendapati kurikulum bukanlah silibus semata-mata. Bahkan pada pendapat saya, kurikulum mempunyai pelbagai definisi bergantung kepada pemahaman seseorang itu.
Dalam kelas ini, terdapat enam definisi yang dibincangkan iaitu
1. Curriculum is the 'permanent' subject that embodied essential knowledge.
2. Curriculum is those subject that are most useful for contemporary living.
3. Curriculum is all planned learning for which the school is responsible.
4. Curriculum is the totality of learning experiences provided to students so that they can attain general skills and knowledge at variety of learning sites.
5. Curriculum is what the students construct from working with the computer and its various network such as Internet.
6. Curriculum is questioning of authority and the searching for complex views of human situations.
Pada akhir kelas, Dr meminta kami untuk membuat poster dan meletakkan definisi bagi kurikulum berdasarkan pemahaman sendiri. Dibawah ini adalah poster yang saya hasilkan.
Daripada apa yang dibincang dikelas dan pemahaman saya, kurikulum itu adalah aktiviti yang dirancang supaya pelajar dapat belajar dan meneroka sesuatu. Pada masa kini, kurikulum yang dijalankan perlulah berfokuskan kepada pelajar. (seperti pembelajaran abad ke21). Kurikulum itu juga tidak hanya berfokuskan kepada topik-topik yang perlu diajar dan ianya tidak hanya berlaku di dalam kelas. Adalah lebih baik jika seorang guru dapat memberikan ilmu lebih daripada buku.
Namun, bagi membentuk kurikulum yang bermakna, guru boleh membuat aktiviti yang menarik atau hands-on activity dimana pelajar dapat belajar dan meneroka sesuatu yang baru. Pelajar tidak hanya duduk dan mendengar. Dalam masa yang sama, pelajar dapat memperbaiki kemahiran am dalam diri mereka.
Apa yang saya maksudkan dengan kemahiran am adalah seperti komunikasi, interaksi dalam kumpulan dan bagaimana mengetengahkan idea dengan cara yang baik. Hal ini kerana, kemahiran ini juga merupakan elemen yang penting bagi pelajar di alam pekerjaan. "Ala..mereka nie budak-budak lagi, kemahiran macam nie tidak penting". Mungkin ada sesetengah individu yang berfikir sedemikian. Namun ingat " melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Ya, perlu kita ingat setiap pelajar ada kemampuannya tersendiri ada level tersendiri namun kita boleh membantu pelajar untuk maximize their potential.
Kennedy (2015) concludes that a curriculum that focuses on key competencies for the world paid employment is deficient.
Reid (2007) also takes a wider view of competencies, which he terms 'capacities', such as communication, civic participation, health and well-being.
Ini adalah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan mengenai definisi kurikulum. Bagaimana dengan anda? Apakah definisi kurikulum bagi anda? Jom kongsi...
Comments
Post a Comment