Week 3 Reflection ( 12/10/2018)


Salam Sejahtera.

Pada minggu ini, saya mempelajari mengenai perkembangan kurikulum. Kurikulum adalas sesuatu yang sentiasa berubah dan ianya tidak statik. Mengapa saya katakan ia adalah sesuatu yang sentiasa berubah? Ini kerana perubahan kurikulum adalah mengikut keperluan masyarakat semasa. Perubahan ini tidak bermaksud bahawa kurikulum yang diguna dahulu tidak baik namun jika kita lihat secara positif perubahan yang dilakukan adalah untuk menambahbaik kurikulum yang sedia ada. Perlu kita ingat bahawa, keperluan masyarakat sentiasa berubah seiring dengan era pemodenan. Sebagai contoh, suatu ketika dahulu kurikulum yang dijalankan tidak menggunakan teknologi. Guru-guru hanya menggunakan papan hitam dan kapur sahaja. Namun, kini kita dapat melihat teknologi digunakan bahkan menjadi salah satu elemen yang penting untuk diterapkan dalam kurikulum. Hal ini kerana, era globalisasi pada masa kini mementingkan penggunaan teknologi. Semua berada di hujung jari. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika kurikulum tidak ditambahbaik dan masih menggunakan kurikulum yang lama. Adakah kurikulum tersebut memenuhi keperluan masyarakat pada masa kini?

Perubahan dan perkembangan kurikulum tidak hanya dilakukan secara suka-suka. Terdapat beberapa elemen yang perlu di ambil kira dalam memperkembangkan dan menambahbaik kurikulum.

Elemen yang dimaksudkan adalah 
  1. Matlamat
  2. Objektif
  3. Pengalaman Pembelajaran
  4. Isi Kandungan
Ada yang bertanya apakah perbezaan matlamat dan objektif. Bukankah kedua-dua elemen itu mempunyai maksud yang sama?
Kawan-kawan melalui kelas ini, saya mempelajari bahawa kedua elemen ini membawa maksud atau penyampaian yang berbeza.

  •  Matlamat adalah arah tujuan yang ingin dicapai. Dalam kurikulum, matlamat adalah tujuan akhir yang ingin dicapai. Jika kurikulum ini dijalankan, apa yang akan dipelajar oleh pelajar.

  • Objektif pula adalah apa yang boleh dipelajari oleh pelajar jika kurikulum dijalankan.   
 
  • Pengalaman pembelajaran pula adalah berpusatkan kepada pelajar. Seperti mana yang kita maklum, pembelajaran yang bermakna berlaku jika pelajar menunjukkan perkembangan. Atau dengan erti kata lain, daripada tidak tahu kepada tahu. Dalam elemen ini, tools  dan alat bantuan mengajar digunakan untuk membantu pelajar.Pengalaman pembelajaran yang dijalankan adalah lebih bermakna jika dilakukan secara holistik dan melibatkan isu-isu dunia sebenar.

  • Isi kandungan juga adalah elemen yang penting. Apa yang masukkan dalam isi kandungan mestilah releven pada masa kini. Isi kandungan juga adalah sesuaru yang dinamik(sentiasa berubah-ubah) supaya pelajar mampu membina idea-idea yang baru.
 Elemen-elemen ini bukan sahaja digunakan di Malaysia malah negara-negara lain walaupun terdapat perbezaan.

Demikianlah refleksi saya.

Comments

Popular posts from this blog

Week 11 Reflection

Week 6 Reflection

Week 9 Reflection