Week 5 Reflection ( 26/10/2018)
Salam Sejahtera. Untuk minggu ini, pembelajaran adalah menggunakan video dan kami perlu menyiapkan soalan berdasarkan video tersebut. Video tersebut menerangkan mengenai ADDIE. Apa yang menarikknya tentang video ini adalah ia memberikan contoh yang mudah difahami mengenai ADDIE. Pada minggu ini, kami lebih fokus kepada A iaitu Analysis (Analisis). Berdasarkan video, terdapat 4 elemen iaitu Instructional Goals Instructional Analysis Learner Analysis Learning Objectives Dalam Instructional Goals , sebagai pendidik kita perlu tahu apakah matlamat yang ingin dicapai. Sebagai contoh, kita ingin mengajar kanak-kanak berusia 5 tahun untuk memasak nasi. Kita perlu tahu matlamat kita dengan jelas sama ada kita ingin mengajar memasak nasi biasa ataupun nasi goreng. Begitu juga dalam dunia pendidikan, jika kita ingin mengajar topik statistik iaitu standard deviation . Apakah matlamat kita? Adakah matlamat kita supaya pelajar dapat menggunakan formula ataupun pelajar memahami st...