Week 5 Reflection ( 26/10/2018)
Salam Sejahtera.
Untuk minggu ini, pembelajaran adalah menggunakan video dan kami perlu menyiapkan soalan berdasarkan video tersebut.
Video tersebut menerangkan mengenai ADDIE. Apa yang menarikknya tentang video ini adalah ia memberikan contoh yang mudah difahami mengenai ADDIE.
Pada minggu ini, kami lebih fokus kepada A iaitu Analysis(Analisis). Berdasarkan video, terdapat 4 elemen iaitu
Dalam Instructional Goals, sebagai pendidik kita perlu tahu apakah matlamat yang ingin dicapai. Sebagai contoh, kita ingin mengajar kanak-kanak berusia 5 tahun untuk memasak nasi. Kita perlu tahu matlamat kita dengan jelas sama ada kita ingin mengajar memasak nasi biasa ataupun nasi goreng. Begitu juga dalam dunia pendidikan, jika kita ingin mengajar topik statistik iaitu standard deviation. Apakah matlamat kita? Adakah matlamat kita supaya pelajar dapat menggunakan formula ataupun pelajar memahami standard deviation. Matlamat ini adalah sebagai panduan kita untuk merancang proses dan aktiviti pembelajaran.
Instructional Analysis pula adalah tahap dimana kita memberikan arahan atau cara-cara. Contohnya untuk mengajar pelajar berumur 5 tahun untuk memasak nasi. Kita perlu memperkenalkan objek atau peralatan yang ingin digunakan dan cara-cara memasak secara terperinci bagi memudahkan pelajar tersebut untuk memahami.
Bagi learner analysis pula, kita perlu mengetahui sejauh mana pengetahuan pelajar. Dengan mengetahui tahap pelajar, ianya dapat membantu kita untuk mengetahui bahagian mana yang perlu diberi penekanan dan bantuan. Contoh dalam memasak nasi, jika pelajar sedia tahu apakah nasi ( memandangkan nasi adalah makanan rutin di Malaysia), guru tidak perlu untuk memperkenalkan apakah nasi. Ini dapat membantu guru untuk lebih fokus pada bahagian lain seperti bagaimana untuk menyukat air dengan betul untuk memasak nasi.
Elemen yang terakhir dalam analisis adalah learning objectives. Elemen ini merujuk kepada apa yang seharusnya pelajar pelajari diakhir pembelajaran. Learning objectives adalah lebih spesifik berbanding dengan matlamat.
Demikian refleksi saya pada kelas ini. Terima Kasih....

- Instructional Goals
- Instructional Analysis
- Learner Analysis
- Learning Objectives

Comments
Post a Comment