Posts

Showing posts from October, 2018

Week 4 Reflection ( 19/10/2018 )

Image
Salam Sejahtera. Pernah anda dengar dan tahu apakah yang dimaksudkan dengan Instructional Systems Design ? Instructional Systems Design adalah reka bentuk yang boleh digunakan dalam pendidikan. Untuk makluman anda, sistem reka bentuk ini juga digunakan dalam bidang kerjaya lain bukan sahaja pendidikan. Namun, di sini saya ingin menperkenalkan beberapa reka bentuk yang boleh dan digunakan dalam pendidikan. 1. ADDIE  2. Instructional Systems Design (ISD) 3. Instructional Designs (ID)  ISD vs ID. ID dan ISD mempunyai perbezaan. ISD adalah reka bentuk yang luas dan mempunyai elemen seperti rajah diatas. ID pula merupakan satu reka bentuk yang lebih terperinci. ID lebih fokus kepada analysis dan reka bentuk. Sekian... 

Week 3 Reflection ( 12/10/2018)

Salam Sejahtera. Pada minggu ini, saya mempelajari mengenai perkembangan kurikulum. Kurikulum adalas sesuatu yang sentiasa berubah dan ianya tidak statik. Mengapa saya katakan ia adalah sesuatu yang sentiasa berubah? Ini kerana perubahan kurikulum adalah mengikut keperluan masyarakat semasa. Perubahan ini tidak bermaksud bahawa kurikulum yang diguna dahulu tidak baik namun jika kita lihat secara positif perubahan yang dilakukan adalah untuk menambahbaik kurikulum yang sedia ada. Perlu kita ingat bahawa, keperluan masyarakat sentiasa berubah seiring dengan era pemodenan. Sebagai contoh, suatu ketika dahulu kurikulum yang dijalankan tidak menggunakan teknologi. Guru-guru hanya menggunakan papan hitam dan kapur sahaja. Namun, kini kita dapat melihat teknologi digunakan bahkan menjadi salah satu elemen yang penting untuk diterapkan dalam kurikulum. Hal ini kerana, era globalisasi pada masa kini mementingkan penggunaan teknologi. Semua berada di hujung jari. Cuba bayangkan apa yang akan ...

Week 1 and 2 Reflection

Image
Salam Sejahtera. Ini adalah refleksi untuk kelas bagi subjek PQI6004 Minggu 1 dan 2. Dalam kelas ini, kami mempelajari apakah maksud kurikulum. Jika sebelum ini, pemahaman saya terhadap kurikulum adalah silibus. Topik yang guru perlu ajarkan kepada anak-anak murid. Namun begitu, setelah mengikuti kelas ini, saya mendapati kurikulum bukanlah silibus semata-mata. Bahkan pada pendapat saya, kurikulum mempunyai pelbagai definisi bergantung kepada pemahaman seseorang itu.  Dalam kelas ini, terdapat enam definisi yang dibincangkan iaitu 1. Curriculum is the 'permanent' subject that embodied essential knowledge. 2. Curriculum is those subject that are most useful for contemporary living. 3. Curriculum is all planned learning for which the school is responsible. 4. Curriculum is the totality of learning experiences provided to students so that they can attain general skills and knowledge at variety of learning sites. 5. Curriculum is what the students constru...