Week 10 Reflection
Refleksi Minggu 10
Salam sejahtera kawan-kawan........
Minggu ini sekali lagi, Dr telah memberi ruang untuk setiap kumpulan memperbaiki rancangan pembelajaran.
Dalam kumpulan saya, setiap ahli dalam kumpulan saya telah menyiapkan rancangan pembelajaran. Oleh itu, kami telah meminta nasihat dan bantuan Dr bagaimana membuat analisis yang mengabungkan keempat-empat rancangan pengajaran. Ini kerana kami mengalami kesukaran bagaimana menganalisis rancangan pengajaran yang melibatkan matematik dan fizik.
Dr membantu kami dan menunjukkan perkaitan yang boleh dilakukan dalam analisis.
Berikut merupakan gambaran yang diberikan kepada kumpulan kami daripada Dr.
Daripada itu, saya dan ahli kumpulan bersama mengemukakan idea untuk merangkah analisis rancangan pembelajaran.
Selain itu, kumpulan kami juga berbincang bagaimana membuat justifikasi untuk rancangan pembelajaran yang telah kami siapkan.
perbincangan kami berlangsung sehinggalah pukul12 tengah hari.
sekian sahaja refleksi saya. Terima kasih...
Comments
Post a Comment