Week 8 Reflection.

Refleksi Minggu 8


Salam sejahtera kawan-kawan.....

Minggu ini, kami telah dimaklumkan bahawa kelas kurikulum terpaksa dibatalkan kerana Dr terlibat dengan seminar..

Namun begitu, tidak bermakna kami mempunyai free time..... Dr memberi kami ruang untuk berbincang bersama ahli kumpulan berkenaan dengan tugasan 2 iaitu membuat rancangan pembelajaran. 

Hasil daripada perbincangan, ...Sebab dalam kumpulan kmi ada 3 pelajar Maths dan 1 Fizik...kumpulan kami bersetuju untuk merancangan pembelajaran untuk pengkhususan Matematik dan Fizik.


Tapi masalah yang kami hadapi ialah bagaimana mengaitkan kedua subjek tersebut..(memang ada kaitan but at that time kmi agak binggung)...😕
 So ini adalah cabaran yang kami hadapi....


Setelah berbincang, kami bercadang untuk mengaitkan topik tingkatan 4 iaitu garis lurus dengan topik fizik iaitu hubungan daya gerak elektrik dan rintangan dalam.


bincang,bincang dan bincang...kumpulan kami bercadang untuk menggunakan persamaan garis lurus iaitu y=mx +c untuk mengaitkan antara kedua topik ini.


Kumpulan kami juga bersepakat untuk menggunakan Gagne's 9 steps of instruction. 

Melalui tugasan ini, saya  melihat kaitan antara dua subjek yang berbeza..

 Dalam tugasan ini, garis lurus adalah merupakan garis lurus yang akan diaplikasikan dalam fizik.

Pada pendapat saya, ianya baik jika kita mampu mengaitkan hubungan antara subjek yang berbeza. Hal ini kerana, secara umumnya, Fizik mengaplikasikan konsep yang dipelajari dalam matematik. Namun disebabkan kurang pendedahan membuat kita sukar untuk mencari hubungan antara dua subjek tersebut.

Di akhir perbincangan, kumpulan kami mengagihkan tugas dan mencuba untuk merancang rancangan pembelajaran masing-masing.

Ok...sampai sini sahaja refleksi saya...see you next week...😊

Terima Kasih




Comments

Popular posts from this blog

Week 11 Reflection

Week 6 Reflection

Week 9 Reflection